KEHIDUPAN HARI INI UNTUK AKAN DATANG SELAGI NYAWA MASIH TERPINJAM

SeGaLa PeRMuLaAn AdA PeNgaKhiRaN

Isnin, 21 November 2011

Gerbang Kedua Musim Kedua

Sekarang tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk mengakhiri 'gerbang kedua musim kedua' iaitu 'pengajian kedua semester kedua'. Banyak peristiwa yang tidak mampu diluputkan. Sesuatu yang amat tidak ku jangka ialah diawal-awal semester buat kali pertama menangis dihadapan khalayak ramai tanpa rasa segan kerana tidak mampu menanggung hati. 

Selepas itu, seolah-olah hilang tumpuan dengan alam sekeliling. Setiap kali kelas, ku pasti hadir namun entah kemana fikiran. Besar betul kuasa hatiku rasakan. 

Namun, pabila tinggal minggu-minggu akhir sebelum mengakhiri semester baru ku mendapat kekuatan baru. Mungkin berkat doa ibu. Allah beriku kekuatan walau seringkali menangis sendiri. Moga segala urusanku disini dipermudahkan-Nya.






Cintamu Dalam Diam


Cukup cintaimu dalam diam,
Bukan kerana membenci hadirmu,
Tetapi menjaga kesucianmu,
Bukan kerana menghindari dunia,
Tetapi meraih syurga-NYA,
Bukan kerana lemah untuk menghadapimu,
Tetapi,
Menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Kerana hadirku tidakkan mampu menjauhkanmu dari ujian,
Kerana hadirku hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan,
Kerana hadirku membuka ruang syaitan menguasai kehidupanmu. 

Ku diam bererti bukanku tak sayang.
Ku diam bukan berertiku tidak cinta.

Akan tetapi...

Ku takut Allah menghukumku.
karena terlalu mencintai dan menyayangimu,
Juga, 
Ku khuatir,
Akukan membawamu kepada kebinasaan.

Ku tunggumu sehingga Allah bukakan pintu hatimu,
Agar dapatku hampirimu dengan jalan yang halal disisi-Nya.

Isnin, 31 Oktober 2011

Mengapa Ibu Menangis




Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......"
Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?"
Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan."
Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya.Dan sering kali pula menerima cerca daripada anaknya sendiri......Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.
Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih,sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah. Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya.
Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur. Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan. Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa kegentiran dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang melindungi setiap hati dan jantung wanita ?
Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranan kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap saling melengkapi dan menyayangi.
Dan akhirnya, Allah berikannya airmata agar dapat mencurahkan perasaannya...
Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita, agar dapat digunakan di mana ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata!
" Ini airmata kehidupan."

Jumaat, 8 April 2011

Fikirkan Boleh



Fikirkan Boleh.
InsyaAllah boleh setelah berusaha.


Jumaat, 18 Mac 2011

Doa Seorang Pencari Cinta.wmv



Cinta yang datang dari Allah. Bukan cinta nafsu, iblis, dan dunia semata.