KEHIDUPAN HARI INI UNTUK AKAN DATANG SELAGI NYAWA MASIH TERPINJAM

SeGaLa PeRMuLaAn AdA PeNgaKhiRaN

Photobucket

Khamis, 26 Februari 2009

Personaliti Acuan Islam


Beriman kepada Allah swt
“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan
dengan kesabaran”.
( Surah al-Asr : 1-3 )


Amal ibada
h
Firman Allah swt :
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”
( Surah az-Zariat : 56 )


Akhlak terpuji

Firman Allah swt :
"Sesungguhnya Telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."( Surah Al-Ahzab, 21 )
Sabda Rasulullah saw,“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

( Riwayat Ahmad )


Amanah

“ Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan
bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”

( Surah al-Baqarah : 283 )


Ikhlas
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya “.
( Surah al-Bayyinah : 5 )


Rajin berusaha

“ Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun”.
( Riwayat Abu daud )


Bersyukur

“ Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.

( Surah Ibrahim : 7 )


Sabar
“ Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekiuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”.
(Surah Ali Imran : 200)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan