KEHIDUPAN HARI INI UNTUK AKAN DATANG SELAGI NYAWA MASIH TERPINJAM

SeGaLa PeRMuLaAn AdA PeNgaKhiRaN

Photobucket

Selasa, 3 Mac 2009

MiNdA HaTi iLHaM AkAL


Sekadar minda tulisan semata-mata. melihat ke dalam diri sendiri yang pada ketika ini dapatku merasakan sedikit ketenangan melihat rahmat hidup yang Kau berikan kepadaku hamba-Mu yang sentiasa dalam kekhilafan ini. Benar, jika aku dekat dengan-Mu ku akan mendapat ketenangan yang aku tidak dapat ketika mendekati manusia. Ianya berlaku hanya aku dan Penciptaku...

Ku pasti diriku berada dalam ketenangan ketika ini walau pelbagai masalah melanda. ku yakin untuk menempuh kehidupan dalam ruang lingkupku dan dalam perjuangan ku. ianya merupakan keagungan-Mu yang telah kau tunjukkan kepadaku berupa ketenangan hati. Ku akan sering merindui-Mu walau tempat ku mendekati-Mu sering menyesakkanku. Ituku akur sebagai cabaran untukku mendekati-Mu dengan hatiku dan jasad yang masih bernyawa. Tapi, itu semua tidak penting, yang pentingku dapat dekat dengan-Mu… sepanjang malam ke pagi… itu masa paling ku tunggu setiap hari kerana ketika itu ku rasa Kau hampir dan terlampau hampir kepadaku… Alhamdulillah… ku harap Kau terus dekat denganku dalam setiap kesempitan dan kelapanganku… Alhamdulillah ya Rabb…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan