5 tahun yang lalu
Khamis, 24 Februari 2011
U.J.I.A.N
pabila kita diuji, kita katakan kita tidak mampu menghadapi ujian tersebut.
Namun, seringkali kita lupa, kadang kala ujian yang kita tempuh itu adalah yang kita mahukan.
bermakna, dalam kealpaan kita, kita sendiri yang membina ujian melalui doa-doa dan perlakuan kita.
sebagai contoh, pabila kita bersendirian, kita inginkan teman. akhirnya kita mempunyai teman atas harapan dan impian kita. Namun, teman yang kita inginkan bukan seperti acuan yang terbina dari imaginasi kita. kita mengeluh, merungut, dan menyesal.
Sedangkan ujian tersebut kita yang pinta, malah, kadang kala seperti memaksa dengan tadahan doa kita.
seharusnya kita mampu hadapi ujian tersebut kerana ia sebahagian dari kemanisan hidup. semoga ujian akan datang dihadapi dengan tenang.
setenang air mengalir begitu juga gelora dikalbu. Walau dalamnya khazanah alam tercipta, namun, kembalikan diri pada Allah yang satu. Andai aku di uji, pasti aku mampu hadapi...
wallahualam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan